Music, Movie, Life Style, Entertainment, Fashion
mdec-top.gif (7556 bytes)

butt.gif (371 bytes)   
Email  Chat   Greeting Cards  Real Estate   

    Wedding Information and News
Home Page

Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
Julia Says Lamaran Abadi

Julia Says

Lamaran Abadi

Menu

 
    Wedding Home

M E N A R I K

 

Hotlinks

symb2-mic.gif (1558 bytes)

Forum / Discussion Board for Wide Range of Topics

symb3-math.gif (1542 bytes)

Join Our eMatch to win fabulous prizes

Search

Quick Web Search:

Links

 

 

 

 

 
Serba Satu Putih Berdiri - Lanjutan

Perkataan serba satu yang dipakai meluas di Johor kini semakin banyak digunakan. Bermaksud kelengkapan perhiasan kemas, lazim merangkumi subang, rantai, gelang dan cincin. Sekiranya pihak perempuan mahukan yang khusus maka sebutlah serba satu putih berdiri bererti semuanya bertatah berlian. Jika nilam kehendak hati disebutlah serba satu biru berdiri. Merah bermaksud delima dan hijau bermaksud zamrud.

Bagaimanapun dahulu serba satu putih mempersembahkan berlian mentah atau lebih tepat dipanggil intan. Apabila memasuki tahun 80-an intan perlahan-lahan terpinggir. Kilauan berlian terus unggul menjejaki tahun 90an. Hari ini jarang yang menghantar cicin belah rotan. Waima cincin tanya, tanda, tunang atau kahwin semua bertatah berlian. Terutama untuk serba satu.

Menghantar tanda dimaksudkan menyarung cincin tanda ke jari manis kanan si dara dan yang dikatakan meminang menghantar sirih pinang atau juga disebut sirih dara selengkap syarat menurut adat. Selalu upacara menghantar dan atau meminang diraikan dengan kenduri kecil. Jemputan hanya kalangan jiran dan saudara-mara terdekat. Pada waktu dahulu, hantar tanda dan pertunangan dua adat berlainan waktu.

Bagaimanpun kini ramai menyatukan adat ini. Mereka membawa seiring cincin tanda dan tepak sirih. Pada hari langsung, barulah dipersembahkan hantaran yang dipinta. Tetapi lain padang lain belalang, lain libuk lain ikannya, lain tempat lain adat resamnya. Ada juga sesetengah negeri sewaktu hari bertunang segala hantaran yang dijanjikan dibawakan bersama.

Apapun kelainan, yang pasti masing-masing mepunyai persamaan dalam pilihan serba satu. Purata ramai mempersembahkan berlian.
     
Malaysia Directory
popwdbanner.gif (10012 bytes)
Malaysia Directory
 

Copyright © 1998 - 2000 Hileytech Sdn Bhd, All Rights Reserved.
For Comments and Suggestion, Please email the webmaster