|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
Entertainment
Provided By :
Serba
Satu Putih Berdiri
Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat
istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan.
Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur
kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah
belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik.
"Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman."
Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan
nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat
pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda."
Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin
belah rotan atau bertatah intan atau berlian.
Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran;
berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang
dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau
langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya
harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.
Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat
maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain
dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh
beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan
dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.
Bersambung... Erti kata Serba Satu Putih Berdiri
|
|
|
|
|
|