Music, Movie, Life Style, Entertainment, Fashion
mdec-top.gif (7556 bytes)

butt.gif (371 bytes)   
Email  Chat   Greeting Cards  Real Estate   

    Wedding Information and News
Home Page

Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
Julia Says Lamaran Abadi

Julia Says

Lamaran Abadi

Menu

 
    Wedding Home

M E N A R I K

 

Hotlinks

symb2-mic.gif (1558 bytes)

Forum / Discussion Board for Wide Range of Topics

symb3-math.gif (1542 bytes)

Join Our eMatch to win fabulous prizes

Search

Quick Web Search:

Links

 

 

 

 

 

 
Persiapan untuk Hari Bahagia

 
Untuk memastikan majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan seperti yang dirancangkan, persiapan seelok-eloknya dilakukan seawal yang mungkin. Sebaik sahaja cincin tunang disarung di jari manis, bakal pengantin bolehlah mula merancang persiapan yang perlu untuk majlis perkahwinan yang bakal menyusul kelak. Senaraikan segala barang keperluan dan perkhidmatan yang bakal diperlukan pada hari bahagia itu nanti.

    Tugas ini perlulah dilakukan dengan teliti. Tidak perlu rasa silu bertanya kepada mereka yang telah melaluinya sekiranya terasa sukar untuk membuat keputusan tentang bentuk persiapan yang diperlukan. Dalam masa yang sama mereka boleh juga melihat pelbagai contoh persiapan yang sering dipaparkan di dada-dada majalah yang mengupas dengan lebih mendalam mengenai topik ini. Dengan cara ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal pengantin untuk melakukan persiapan untuk hari bahagia yang mungkin hadir hanya sekali dalam hidupnya.

    Pembuka bicara sebelum sesuatu majlis persandingan dilangsungkan tidak lain dan tidak bukan ialah pemilihan tarikh yang paling sesuai untuk kedua-dua mempelai disatukan. Pemilihan tarikh ini penting untuk memastikan saudara-mara dan sahabat handai dapat bersama - sama meraikan dan memeriahkan hari bahagia yang akan dilangsungkan. Apabila tarikh sudah ditetapkan, barulah persiapan seterusnya dapat dimulakan. Kepada yang beragama Islam, tempahan jurunikah perlu dibuat seawal mungkin. Hal ini untuk memastikan agar jurunikah dapat menyempurnakan tugasnya mengikut masa yang telah ditentukan bersama.

    Dalam pada itu berbincanglah sesama ahli keluarga mengenai persiapan kenduri-kendara pada majlis itu nanti. Kaedah mana yang akan dipilih; memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jikalau ingin menggunakan kaedah katering, pilihlah yang mampu menepati selera ramai dan yang menawarkan harga yang berpatutan. Jangan terburu-buru dalam memilih katerer kerana makanan adalah perkara yang penting untuk majlis selain daripada persandingan pengantin dan kelancaran majlis. Kepada mereka yang memilih untuk memasak secara bergotong-royong untuk menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan tersebut, senaraikan jenis masakan yang bakal dimasak agar kos perbelanjaannya dapat dilakukan. Pastikan jumlah makanan yang disediakan itu cukup untuk semua jemputan.

    Tetamu yang akan dijemput juga perlu disenaraikan agar kad jemputan, hadiah dan makanan yang disediakan untuk mereka mencukupi. Di samping itu pastikan juga tempahan khemah dibuat awal untuk memastikan khemah dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki. Hal ini untuk mengelakkan ketiadaan khemah pada masa tersebut kerana permintaan yang tinggi. Pilihlah khemah yang dilengkapi dengan kipas agar dapat memberi keselesaan kepada tetamu jikalau majlis tersebut diadakan di rumah.

    Untuk majlis yang berlangsung di dewan atau di hotel pula, khemah mungkin tidak menjadi persoalan, sebaliknya tempahan meja yang mencukupi harus dilakukan agar kelak tidak timbul sebarang kekalutan akibat ada di antara para jemputan yang tidak mendapat tempat duduk.

Selanjutnya...

 

     
Malaysia Directory
popwdbanner.gif (10012 bytes)
Malaysia Directory
 

Copyright © 1998 - 2000 Hileytech Sdn Bhd, All Rights Reserved.
For Comments and Suggestion, Please email the webmaster