|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
|
|
Kasut Pelengkap Gaya
Apabila menyentuh tentang perkahwinan, perkara paling utama yang terlintas di fikiran
pengantin dan sesiapa pun pasti berkaitan dengan pakaian pengantin. Namun perlu juga
diingat, memakai pakaian indah ditambah solekan menarik siap hiasan kepala menawan tidak
akan cukup sempurna jika perkara lain tidak diambil kira terutamanya kasut untuk dipakai
kala majlis pernikahan mahupun bersanding.
Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan
besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan
kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua
yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang
kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala
tersembunyi di belakang kain pengantin.
Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan.
Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut
yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki
ayam.
Panduan Kasut Perkahwinan
- Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut
pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin
anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada
banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.
- Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan
terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk
mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya
lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.
- Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah
cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.
- Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah
sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi
lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.
- Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju
pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakian pengantin akan menggunakan cebisan
fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan
penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih
kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.
- Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda.
Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup
parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah
kasut yang tertutup.

|
|
|
|
|