|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
Entertainment
Provided By :
|
Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut
Islam
Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah
tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila
mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui
rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
- Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat
Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang
siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat
menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak
mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa
mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib
dilaksanakan suami dan kegagalan menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan
mudah berlaku perceraian.
- Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup
melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila
seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang
selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal
menjadi suaminya.
- Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan
diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah
kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
- Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan
memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja
begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada
kemampuan.
- Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak
mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan
menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan
kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
- Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta
perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang
hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
- Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada
sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab
sepenuhnya kepada isteri dan anak.
- Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin
beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama
lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya
yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

|
|
|
|
|
|