|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
Bunga
Pegang
Menyentuh mengenai bunga pegang, pastinya ramai sudah terbayang bunga yang tersusun
berjurai meleret serta dihiasi dengan pelbagai reben satin atau plastik digenggam
pengantin perempuan kala berjalan ke pelamin. Bagi pasangan yang tidak mengadakan
persandingan pun masih akan menggunakan bunga pegang yang boleh digunakan semasa
mengiringi suami ke meja hidang ataupun tika bergambar.
Ramai yang memilih bunga mawar kerana bunga mawar mempunyai pelbagai warna yang boleh
dipadankan dengan konsep pakaian pengantin. Namun begitu, sekarang pelbagai jenis bunga
seperti "Tiger Lily," "Baby's Breath," "Daisy" serta
"Ivy" boleh digunakan sebagai bunga pegang. Terpulang kepada susunan kreatif
penggubah bunga pegang tersebut. Di samping jenis bunga, pilihan daun sebagai penyeri
bunga turut memainkan peranan penting dalam menaikkan tarikan bunga pegang tersebut.
Kadang-kala lagi ringkas gubahan lagi menyerlahkan penampilan keseluruhan pengantin
perempuan.
Contoh terbaik ialah bunga pegang yang menjadi pilihan Milia dan Edry KRU. Sejambak bunga
"Baby's Breath" diikat bulat tanpa dedaun hijau cukup untuk melengkapkan seri
Milia.
Panduan memilih atau membuat bunga pegang untuk hari perkahwinan
- Saiz bunga pegang bergantung kepada pilihan bunga bunga dan
warna. Selalunya bunga pegang digubah bersaiz sederhana besar untuk mengelakkan pengantin
kelihatan 'semak'. Jikalau menggunakan bunga ros, pengantin hanya memerlukan satu atau
dozen bunga sahaja tetapi mungkin berbeza mengikut jenis bunga yang digunakan.
- Bunga hidup lebih sesuai berbanding bunga plastik kerana ia
lebih cantik selain daripada menonjolkan konsep segar. Untuk memastikan kesegaran bunga,
eloklah gubahan dibuat sehari sebelum bunga pegang itu hendak digunakan.
- Warna pilihan bunga amat penting kerana jikalau terlampau
kontras dengan warna pakaian, ia akan terlalu menarik tumpuan sehingga menenggelamkan
fokus terhadap pengantin. Sebaik-baiknya biarlah warna bunga pegang itu senada dengan
keseluruhan penampilan pengantin. Lebih malang, jika pilihan warna bunga pegang yang
kurang sesuai menyebabkan pengantin perempuan kelihatan 'garang'. Sewajarnya pengantin
perempuan kelihatan suci dan lembut di hari perkahwinannya.
- Untuk riben ikatan bunga pula, seelok-eloknya pilih riben
yang diperbuat daripada satin berkilat. Riben plastik nampak murah dan hanya sesuai jika
ia berfungsi untuk mengikat jambangan sahaja. Riben satin yang berkilat boleh dibiarkan
bergulung-gulung panjang untuk menambah keanggunan. Elakkan daripada bunga pegang
dicacatkan hanya kerana pilihan riben yang kurang sesuai.
- Kalau bunga plastik yang anda pilih, pastikan bunga yang
dipilih berwarna pastel serta lembut. Warna garang hanya akan menyebabkan ciri-ciri
plastik lebih ketara.
|
|
|
|
|
|