|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
Entertainment
Provided By :

Panduan Mencari Baju Kahwin Idaman (bersambung)
- Jika anda tidak bercadang menyimpan baju kahwin anda (tak
kira sama ada gaun, kurung atau kebaya) cuba tanya pereka atau butik anda sama ada mereka
boleh tolong jualkannya sebagai pakaian terpakai selepas anda pakai. Jika tidak,
anda boleh jualkan kepada kedai-kedai terpakai. Secara ini, ia boleh membantu kewangan
anda. Tetapi pastikan baju anda dalam keadaan baik.
- Tonjolkan segala kelebihan anda, maksudnya paras rupa
seperti ketinggian, pinggang ramping dan buah dad cantik. Pengantin tinggi tampak lampai
dengan potongan langsing manakala pengantin yang rendah sepatutnya elakkan gaun kembang
dan train, pilih perincian halus dan potongan lurus.
Kalau anda memakai gaun, ketahuilah gaun bentuk V di pinggang membias tinggi. Sembunyikan
lengan yang besar dengan berlengan panjang. Elakkan baju bercengkek bagi yang berpinggang
tinggi.
- Sentiasa bawa seseorang (dua paling bagus) apabila
anda pergi menempah dan mengacu baju kahwin. Dengan ditemani mereka, anda boleh mendengar
komen dan mendengar pandangan mereka tatkala meyedang baju.
- Minta kerjasama pereka untuk mencuba bersama layah
(veil) supaya anda dapat gambaran rupa keseluruhan baju kahwin anda. Umpamanya layah yang
pendek mungkin boleh mengubah baju biasa kepada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang
istimewa manakal layah labuh kemungkinan tidak sesuai.
- Pilih pakaian pengiring anda sepadan dengan perincian
atau baju kahwin anda. Sekiranya anda mempunyai konsep atau tema, pastikan ianya
selaras dengan pengiring anda.
- Fikirkan bentuk kasut. Baik bertumit tinggi atau
rendah, ia akan memberi kesan berlainan kepada keseluruhan penampilan baju kahwin anda.
Begitu juga warna dan jenis buatannya.
- Perlengkapkan gaya dengan perhiasan kemas. Subang,
rantai, keronsang, butang baju kurung, gelang tangan dan gelang kaki boleh menaikkan seri
penampilan. Bagaimanapuun ia akan menambah perbelanjaan. Sekiranya anda tidak mampu
membeli, pertimbangkan meminjam daripada adik-beradik, saudara-mara ataupun teman rapat.
Atau sewa daripada mak andam atau butik anda.
Selepas selesai majlis perkahwinan, pastikan baju dihantar
untuk cucian kering dan simpan ia dengan baik dalam kotak atau gantungkan ia di dalam
sarung baju.
|
|
|
|
|
|