|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|

Panduan Mencari Baju Kahwin Idaman (bersambung)
- Fikirkan samada anda mahu perkahwinan anda bertema.
Misalnya konsep, warna, kain & gaya. Langkah ini secara tidak langsung akan memudahkan
anda membuat pilihan pakaian.
- Apapun pilihan anda, pastikan ianya praktikal.
- Apabila anda menempah, anda ada dua pilihan. Sama ada
menggunakan kain sendiri atau memilih kain di butik tempat menempah, kecuali anda
menempah di kedai tukang jahit biasa.
- Kain baju kahwin tidak murah. Samada anda memilih
renda Peranchis atau Swiss, sutera Itali atau China, organza atau organdy, tanyakan pada
tukang jahit atau pereka anda berapa meter yang diperlukan untuk membuat baju anda.
- Jika peruntukan terhad, pertimbangkan menyewa baju
kahwin. Jika tidak beli baju kahwin siap. Tetapi haruslah diingatkan bahawa baju
kahwin siap tidaklah semurah mana dan kadang-kala tidaklah secantik mana.
- Sesetengah butik ada membuat baju yang dikhususkan untuk
promosi. Baju ini digunakan untuk kegunaan peragaan dan penggambaran. Cuba tawar
harganya.
- Dalam kegawatan ekonomi, banyak butik menawarkan pakej
menarik . Dapatkan tawaran yang bagus.
Bersambung...
|
|
|
|
|
|