|
Fashion, Entertainment, Music, Movie, Sports
|
Entertainment
Provided By :
Adat
Majlis Perkahwinan Melayu - Kemuncak Upacara
|
Upacara akad nikah diadakan di rumah pengantin
permpuan atau pun di masjid. Pada majlis itu barang-barang hantaran diletakkan di depan
pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah, hantaran diserahkan kepada wakil pengantin
perempuan. Pengantin lelaki sewaktu akad nikah duduk di atas tikar bersila berhadapan
dengan imam. Imam mambacakan khutbah nikah, meminta pengantin lelaki membaca lafaz nikah
dan mendaftarkan perkahwinan itu. Seterusnya pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin
perempuan di dalam bilik pengantin untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya. Untuk
melakukan upacara membatalkan air sembahyang, pengantin lelaki bersalam dengan pengantin
perempuan atau menyentuh dahinya.
Upacara berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului
pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara
berinai. Selepas itu pengantin perempuan naik ke pelamin setelah pengantin lelaki keluar
dari pelamin itu dan upacara berinai dijalankan.
Kemuncak bagi majlis perkahwinan ialah majlis bersanding yang
diadakan di rumah pengantin perempuan pada mulanya.
Pelamin diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang cantik dan lampu-lampu yang
berwarna-warni. Pengantin perempuan duduk di sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka memakai
pakaian yang cantik tetapi tidak sama jenisnya. Mereka bersanding selama 15 atau 20 minit
dengan direnjis tepung tawar oleh sanak saudara. Selepas doa selamat dibacakan barulah
selesai majlis bersanding dan mereka masuk ke bilik pengantin. Disitulah mereka diberi
makanan dan makan bersama ahli-ahli keluarga. Keesokan hari diadakan majlis bersanding di
rumah pengantin lelaki. Itulah cara tradisional majlis perkahwinan bangsa kita.
|
|
|
|
|
|