|
Adat Majlis Perkahwinan Melayu
Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil
berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat
penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan
ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.
Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang,
bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang
paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan
terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam
adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.
Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu
bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu
bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk
memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan
mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Seterusnya, ketahui pertimbangan dalam pemilihan menantu.
|